Apa perasaan kau setiap kali ingin tidur, ada bisikan suara seakan suara nenek datang menjengah ke telinga kau. Bukan semalam tetapi tiap-tiap malam. Itulah yang dialami sendiri oleh Wawa.

Wawa, penuntut tahun dua di sebuah universiti tempatan di utara tanah air. Dia beruntung kerana namanya tersenarai untuk tinggal di asrama. Jadi, dia bakal ditemani oleh adik junior untuk satu semester pengajian kali ini.

Bulan pertama, kedua dan ketiga, semuanya berjalan dengan lancar. Wawa sibuk dengan kuliah dan tugasan manakala Ayu, roommatenya pun sama mengikuti kelas dan menyiapkan tugasan. Mereka hanya sempat berbual pada waktu malam, itu pun tidak lama sebab masing-masing mengantuk dan esok ada kelas pagi.

Suatu hari, Wawa tidur agak lewat. Dia tidak dapat melelapkan mata. Puas di pusing kiri dan kanan tetap tidak mahu tidur. Dia lihat Ayu agak lena di buai mimpi. Entah macam mana, ketika dia tidur-tidur ayam, tiba-tiba Wawa terdengar suara seperti seorang nenek, sayup-sayup memanggilnya.

Bila namanya dipanggil, terus Wawa bingkas bangun dan tengok sekeliling. Sunyi sepi. Dia baring dan sekali lagi bila ingin terlelap, terdengar namanya…Wawa!..wawa!…dipanggil. Diperhatikan keadaan sekeliling masih sama, sunyi.

Tidak mahu namanya dipanggil berterusan, Wawa terus menekap bantal di telinga. Tetapi suara itu terus panggil namanya… Wawa! Wawa!. Wawa buat tak tahu. Setiap jam 4 am suara itu berhenti. Barulah, dia dapat tidur. Tiap-tiap malam nenek itu akan ganggu Wawa dan pembelajaran Wawa semakin merosot. Wawa tidak mahu Ayu tahu apa yang berlaku. Biarlah dia sorang je yang rasa.

Ads

Satu malam, Wawa baru lepas sembahyang. Malam ini Ayu tak boleh sembahyang kerana datang bulan. Selepas sembahyang, mereka berborak-borak. Dah lama mereka tak lepak bersama. Mereka berborak sehingga terlupa jam sudah tunjuk pukul 1am.

Tiba-tiba Wawa terdengar namanya dipanggil. Dia terdiam. Ayu perhati wajah Wawa yang berubah, muka dia pucat seperti dalam ketakutan. Ayu mula risau. Sebenarnya Wawa seorang sahaja yang dapat dengar suara nenek tu. Wawa tanya, “kau dengar suara tu?” Ayu jawab, “suara apa?” Wawa senyum dah suruh Ayu ignore kan sahaja persoalan tadi.

Suara nenek tu makin kuat. Wawa!… Wawa!. Sekali pintas, dia ternampak kelibat nenek tua lalu belakang Ayu. Perasaannya bertambah takut. Ayu pusing kepalanya dan bertanya apa yang Wawa nampak. Wawa masih cuba berselindung dari Ayu tapi kali ini nenek itu  bukan sahaja berbisik malah munculkan dirinya. “Wawa!… Wawa!…” 

Ayu bertanya, “suara siapa tu?” Terkejut Wawa apabila Ayu bertanya begitu. “Kau dengar ke?” “Ya aku dengar. Suara siapa tu?” Meremang bulu roma Ayu. Mereka berpura-pura tidur bersebelahan. Mereka harap nenek itu tak ganggu mereka.

Ads

‘Wawa!… Wawa!…’ suara nenek itu. ‘sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek tu masuk ke dalam biliik mereka. Bajunya putih. Rambutnya serabai. Panjang ke kaki. Bongkok. ‘Wawa!… Wawa!… Sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek itu datang dekat dengan mereka. Ketakutan menyelubungi mereka. Nenek itu menghampiri telinga. Dia berbisik, ‘Ingat lagi nenek?’ Nenek pun hilang.

Wawa pelik. Siapa nenek ini. Dia pusing dan pandang ke arah Ayu. Ayu buka mata. Matanya memandang atas seperti di sawan. Wawa cuba kejutkan Ayu tapi dia tak respon. Ayu bangun berdiri, pandang kat Wawa dan nyanyi, “cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang juga nenek ku cari, siapa kena dia yang menjadi.”

Ayu jatuh lalu pengsan.

Ads

Keesokannya Ayu sedar. Dia sudah berada di hospital. Dia mencari Wawa. Kawan-kawan lain kata Wawa hilang. Mereka tak tahu Wawa kat mana. Ceritanya “pagi tadi kami nak sembahyang, nak ajak korang. Tapi apa yang kami nampak Ayu dah terbaring pengsan dan Wawa tak tahu ke mana.

Sampai sekarang, Wawa masih hilang. Keluarganya juga tidak tahu apa terjadi dengan dia. Ada khabar angin mengatakan dia terlalu stres sampai lari diri. Tapi Ayu rasa dia tahu. Nenek itu orang bunian. Dia datang untuk merisik Wawa kahwin dengan cucunya. Mungkin Wawa berjanji sesuatu yang dia tak dapat elakkan. Ayu rindu kawan dia. Semoga satu hari dia dapat jumpa dengan kawannya semula.