Asal Usul Ulek Mayang

Share

Ulek Mayang berasal dari Terengganu, satu tarian yang terkenal kerana kaitannya dengan alam mistik. Ulek Mayang di katakan bermula ratusan tahun dahulu. Ia sebenarnya sebuah mentera yang di nyanyikan untuk menghalau roh laut yang jahat. Lagenda menyatakan sekumpulan nelayan telah keluar ke laut. Di tengah laut, tiba-tiba sebuah ribut yang kuat memukul perahu mereka lalu mereka tercampak ke laut. Dalam keadaan yang cemas, laut yang masih bergelora, mereka menyerah sahaja nasib mereka.

Selepas reda laut, kesemua nelayan di hanyut ke pantai. Seorang demi seorang terjaga. Hanya seorang sahaja yang tak terjaga. Mereka percaya bahawa jasadnya ada d sini tapi jiwanya terperangkap di alam lain. Mereka meminta bantuan bomoh untuk mengembalikan kawan mereka.  Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.

Seorang puteri bunian ingin menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh itu cuba mengembalikan nelayan itu ke dunia nyata tetapi di halang oleh puteri bunian. Pertarungan menjadi senget apabila seorang demi seorang adik beradik puteri bunian (hingga 6 orang) datang membantunya.

Akhirnya Puteri Sulung muncul, puter ke-7, muncul. Paling cantik, bijak dan kuat antara mereka. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

“aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat”. – kata Puteri sulung. Tanda terima kasih, bomoh itu menyerahkan nasi berwarna kepada puteri-puteri bunian. Nelayan itu sedar tidak lama kemudian.

Dahulu, lagu Ulek Mayang akan disertakan bersama tarian. Ritual ini selalunya dilakukan di kawasan tepi pantai yang digunakan sebagai kaedah untuk merawat penyakit seseorang. Biasanya penyakit-penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri dan lain-lain.

Namun zaman sudah berubah, tarian dan lagu Ulek Mayang kini dijadikan sebagai persembahan budaya ketika majlis-majlis tertentu.

Lirik lagu Ulek Mayang

mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek


Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Published by
Jon