Apabila tibanya Hari Kiamat… dan selepasnya

Share

Apabila tibanya Hari Kiamat, apabila semua makhluk Allah S.W.T. telah mati, tiada lagi kehidupan di alam semesta, tinggal dua yang terakhir. Malaikat Maut dan Iblis.

Maka Allah S.W.T. berfirman, “Ya Iblis, hari ini janji telah di tepati. Engkau adalah mahkluk ku yang terakhir yang akan di cabut nyawanya oleh Malaikat Maut.”

Lalu Malaikat Maut menarik nyawa Iblis.

Iblis melolong menjerit kesakitan. Sakaratul maut Iblis bergema sampai ke Arsy Allah.

Kematian Iblis menanda kematian kehidupan ciptaan Allah S.W.T., tinggal satu makhluknya, Malaikat Maut sendiri.

Lalu Allah S.W.T. menyuruh Malaikat Maut menarik nyawanya sendiri. Malaikat Maut ikut arahan dan menarik nyawanya sendiri.

Selama 40 ____ , Allah S.W.T. biarkan alam ini kosong, senyap, sepi, sunyi. Apabila Rasullullah di tanya mengenai nombor 40, dia tiada jawapan. 40 jam? 40 hari? 40 bulan? 40 tahun? Hanya Allah S.W.T. sahaja tahu.

Bumi sudah hilang. Bintang sudah hilang. Langit sudah hilang. Tiada apa-apa lagi di alam. Semuanya lenyap seluruhnya.

Kemudian, dengan Kun Fayakun Allah ciptakan kembali semuanya tetapi berbeza. Pada hari itu, Allah telah ciptakan bumi tapi bukan bumi yang kita tahu. Allah ciptakan kembali langit tapi bukan langit yang kita kenal. Semuanya yang kita ingat sudah di binasakan dan sekarang semuanya baru.

Bumi yang baru mendatar dan bukan bulat. Dari mana mulanya dan di mana akhirnya, tiada sesiapa tahu. Rasulullah memberitahu bagaikan tikar yang maha luas.

Rasulullah bersabda, “datanglah hujan turun dari langit membasahi bumi dan muncul la manusia seperti cendawan tumbuh dari liang lahatnya. Usia manusia semua sama. Tiada yang tua atau yang muda. Dan ketika itu tiada seorang manusia pun berpakaian. Dan selepas munculnya manusia, mereka seperti sudah tahu nak kemana. Ke arah pengadilan.

 

credit: Ustadz Zulkifli M. Ali

 

Published by
Jon