Abang Ya seorang yang di geruni di Kelantan. Seorang gedebe yang amat di hormati. Apa sahaja dia cakap, walaupun salah, jangan betulkan kalau tak nak kena penampar. Abang Ya tak pernah ke KL. Dia tidak mahu ke KL. Tetapi sebab kawannya yang minta bantuannya, dia turun ke KL untuk mencari anaknya yang di culik. Dia di tempatkan di satu hotel besar. Abang Ya bangga dengan penghormatan yang di terima.

Abang Ya mahu makanan negerinya. Dia kata bahawa makanan di KL ni mengarut. Dia di bawa ke mamak, dia marah pekerja mamak kerana makanannya yang pahit. Padahal apa dia rasa adalah rempah. Bawanya pula ke western food. Dia minta nasi. Kedai tu tak ada nasi. Dia mengamuk. Dia minta driver kawannya bawa dia ke hotel. Dia akan makan kemudian. Sampainya di bilik dia menelefon anak buahnya yang tinggal di KL. Masalah paling besar, Anak buahnya tak tahu dia tinggal mana. Cara penjelasan Abang Ya yang berputar belit buatkan mereka tak faham. Mereka terpaksa tanya setiap hotel besar. Akhirnya mereka jumpa Abang Ya.

Abang Ya memperlawa mereka tidur bersamanya. Kedua-dua mereka menolak cara baik. Tak mahu lukakan hati Abang Ya. Sebenarnya mereka tahu Abang Ya ajak-ajak ayam.

Abang Ya cuba cari posisi untuk tidur, tapi tak boleh tidur. Dia berpusing dan berpusing. Dia tak puas hati, dia menelefon anak buahnya untuk ambil dia. Anak buahnya ikut perintah sahaja.

Ads

Abang Ya bising tentang hotel itu. Kata je hotel mahal, bantal lembut, aircond sejuk, banyak betul masalah. Abang Ya mahu tidur rumah anak buahnya. Kerana tidak berani menolak mereka setuju. Katil rumah anak buahnya sesuai dengan Abang Ya. Dia memuji-muji. Abang Ya masuk tidur.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Abang Ya terjaga dari tidur. Dia ingin ke tandas buang air kecil. Maklumlah umur dah makin tua. Masalahnya bilik air jauh dari bilik mereka. Dalam perjalanan ke tandas, dia merasa sesuatu yang memerhatinya. Abang Ya mula rasa takut. Abang Ya tiba merasa ada sesuatu berjalan di belakang dia. Abang Ya pusing. Tak ada apa-apa. Dengan pants dia masuk ke dalam bilik air. Baru nak buang air kecil, perutnya suruh buang air besar. Semasa dia cangkung, dia merasakan ada sesuatu lalu depannya. Kali ini dia nampak kelibat sesuatu. Meremang Abang Ya.  Abang Ya tutp mata ketakuan. Tiba-tiba dia merasa ada susuatu sedang bernafas sebelah telinganya. Terkejutat. Abang Ya walaupun takut, dia terpaksa bertahan.

Ads

Tak lama kemudian dia dengar bunyi menggilai. Ini dia tak boleh bertahan lagi. Abang Ya cepat-cepat bersihkan diri dan cuba balik ke bilik. Sebaik sahaja buka pintu bilik air, dia melihat seorang wanita kat tepi cermin sedang bersikat rambut. Abang Ya ketakutan. Seluruh badannya kaku. Perempuan itu toleh dan pandang ke arah Abang Ya. Dalam otak Abang Ya arahkan kakinya untuk lari tapi kakinya tak mahu dengar arahan. Perempuan itu dengan rambut kusut, muka pucat, pakaian berkotor, perlahan-lahan bejalan menghala ke Abang Ya.  Dia masih kaku, dia hanya dapat menutup matanya. Tangan perempuan itu ingin capai muka Abang Ya. Dia tak tahu nak buat apa. Hanya berserah.

Ads

Beberapa saat kemudian. Abang Ya merasakan perempuan itu sudah beredar. Dia buka mata. Melihat keadaan sebenar. Dengan sepantas kilia berlari ke bilik. Dia kejutkan anak buahnya. Dia suruh anak buahnya hantar balik ke hotel. Dia komplain rumah anak buahnya tak ada tilam. Sakit belakang. Anak buahnya ikut arahan dan hantar dia semula ke hotel.

Abang Ya tak kan beritahu apa terjadi dekat rumah anak buahnya. Reputasi dia akan terjejas. Tak kan Abang Ya yang hebat, yang tak takut mati, tapi takut dengan hantu.